Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tinggal

. Tuesday, December 29, 2009
0 comments

salam...

selamat tinggal II phase MBBS I Term/3rd sem..
selamat datang II phase MBBS II Term/4th sem dan yg seterusnya..

selamat tinggal first internal assessment dan end posting for surgery and medicine..
selamat datang exams yg bertimbun-timbun nak datang selepas ni..

selamat tinggal december..
selamat datang january..

selamat tinggal 2009..
selamat datang 2010...

selamat tinggal izwan yg dahulu..
selamat datang izwan sekarang..(ada beza ka??)

SELAMAT TINGGAL 21,
SELAMAT DATANG 22!!!

ok, aku baru sahaja menyelesaikan semua exams yang wajib diselesaikan..
semalam eventhough tengah bercuti, aku pula mempunyai exam yang perlu diselesaikan..
akhirnya end posting for Medicine sudah pun selesai..
so selamat tinggal Medicine, jumpa lagi di final year ok..
end posting medicine ni levelnya sama lah dengan end posting surgery hari tuu..
viva part was not that difficult than what i had imagine before...
but i had the problems in taking the patient history due to language barrier!
don't wanna waste my time to talk about those two self-centered kannada people BUT for sure i don't wanna lend any help to them after this(rasa macam nak sepak terajang saja budak berdua tuu..kalau terer sangat tidak mengapa la~~)

this friday, i will go to vacation with another 6 members of mine.. where will be the destination??
Mumbai/Bombay-6 days
Goa-3 days
Belgaum-1 day..
this is what we call as "CUTI-CUTI INDIA"...
huhuhu..
so do pray for our safety ok..
almaklumlah India ni, bukannya selamat sangat kan??
but kita berpegang kepada prinsip "kalau dah ajal,takkan dapat nak elak.."
kalau masuk dalam kandang singa pun, kalau dah bukan ajal kita didalam kandang singa, maka kita akan keluar dengan selamat..
tapi kalau dah ajal, duduk2 sambil tengok TV pun boleh meninggal dunia..
masyaAllah..
dah cukupkah amalan yang nak dibawa ke alam yang seterusnya ni??
Takut..takut..takut...

so Happy New Year in advance ok..
to Davangereians, Happy Holidays too..

sekian..


-kerana tiada manusia sempurna-

Read More »»

Thursday, December 24, 2009

Bakat Yang Telah Hilang..

. Thursday, December 24, 2009
4 comments

Salam..

i'm so jealous with all of my friends yang study kat Malaysia..
bukannya apa, jeles sungguh melihat mereka aktif dalam pelbagai aktiviti berpersatuan..
ada yg aktif dalam nak jadi pemimpin yang hebat, ada yang aktif dalam sukan, ada yang aktif dalam aktiviti-aktiviti lasak dan yang paling aku jeles sekali bagi mereka yang aktif dalam berBAHAS ni!

BERBAHAS adalah satu natural talent yg aku miliki tetapi dah hilang kot..
coz dah lama tak involve dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.. kali terakhir aku berbahas adalah semasa mewakili SMESH ke HKSBP 2005 yang berlangsung di Sekolah Alam Shah Putrajaya.

pabila mendapat tahu akan ramai sahabat yg semakin aktif berbahas, masuk pertandingan itu ini, sampai ke level itu ini, aku jadik semakin jeles sekali..
kerana aku pernah berangan-angan nak jadik the best debater dalam bahas antara universiti..
kahkahkah..angan-angan yang sememangnya tak akan tertunai..
apakan tidak, aku sememangnya mengikuti perkembangan pertandingan bahas antara Universiti-universiti di Malaysia(suatu masa dahulu laa...)

di pendekkan ceritanya, bakat dalam berhujah ni sebenarnya dicungkil semasa aku berada di Tingkatan 2 dan di asah semasa aku berada di Tingkatan 4..
masih ingat lagi semasa berbahas, aku memang akan jadik pembahas yang ketiga a.k.a menteri kedua(perdana menteri, menteri pertama n menteri kedua) a.k.a pembangkang kedua(ketua pembangkang, pembangkang pertama n pembangkang kedua)..
tak pernah kot berubah position..hehehe..
for your information, pembahas ketiga ni boleh juga dikatakan pembahas berani mati coz mereka ni masuk ke dalam gelanggang bahas tanpa mempunyai sebarang fakta ditangan untuk dihujahkan..
tugas pembahas ketiga ni ialah menguatkan balik semua fakta-fakta yang telah dihuraikan oleh pembahas pertama dan pembahas kedua..
selepas itu, si pembahas ketiga ni kena membangkang balik semua fakta-fakta yang telah dibawa oleh opposite party dengan mengeluarkan fakta-fakta kuat yang baru..
ini adalah tugas yang penting dalam menjatuhkan pihak lawan..
semua isi-isi yang disampaikan semasa berbahas ni adalah isi-isi fresh yang baru keluar dari otak si pembahas ketiga ni..
fuiseh..bukan senang nak jadi pembahas ketiga ini..
ya lah, nak kena fikir isi and at the sama time nak kena dengar hujah dari orang..
kalau blur masa tu, confirm terdiam coz tiada isi yang nak dihujahkan..


kalau nak jadi seorang debater, kena always focus dengan apa yg kita buat..
aku dulu, kalau nak pergi mana2, dalam kepala mesti tengah fikir tentang isi-isi bahas yang nak dihujahkan, cara untuk menghujahkannya and also macam mana nak memperkuatkan lagi hujah tu..
bukan senang..selalu dapat idea yang best masa mandi.. haha..

pastu, proses nak memperkukuhkan isi bahas tu pulak adalah dengan mengutarakan isi tersebut dengan ahli-ahli bahas yang lain and then start la proses nak membangkang..kitorang akan bangkang, bangkang, bangkang isi tersebut sampailah kehabisan idea..
if isi tu rasanya ok dan boleh diperbaiki lagi, so kitorang akan terima la..
kalau rasa macam tak boleh diterima ja, so memang confirm akan di reject la..
teringat masa nak berlatih bahas dulu, sampai pukul 12 malam..
kesian lah jugak cikgu2 yang nak menemankan kitorang berlatih ni..

haaa,jeles sungguh..
adakah UMS masih lagi raja bahas antara universiti Malaysia??
tgk lah, nampaknya Sabah melahirkan ramai sekali pembahas yang berkualiti..
kehkehkeh..

ok la, cukup lah rasa jeles ni terkubur di dalam blog ni.. haha..

sekian..

p/s: merry christmas to all the christians.. Thanks to Clare for the xmas dinner just now.. the spagetti was awesome!

-kerana tiada manusia sempurna-

Read More »»

akhirnyaa....

.
0 comments

salam..

akhirnya habislah sudah First Internal Assessment II phase MBBS I term/3rd semester ni..
pasni masuk II term/4th semester lah pulak..
before that, mestilah ada cuti untuk dinikmati..
cuti akan start pada 1 january til 15 january 2010..
but before that, one last thing that i need to focus first is my Medicine End-Posting, it'll be on monday next week and that day is holiday actually..
kesian lah..having exam masa cuti ni..
so i can't make myself to relax a lot( a bit boleh lah kot..) since this medicine end-posting looks so tough!!! need to know(by reading) a lot of things..
and i'm the one who always know one thing and at the same time forgetting the other thingS!!!
kesian jugak lah diri ni..ish3x..

practical exams nampaknya tak lah susah..
boleh dikatakan i did quite well la jugak..
adalah 2,3 soalan yang kena tanya and then tak boleh nak jawab dengan perfect..
tdk mengapa, cuba lagi di exam yang seterusnya.. hehehe..

so to all of my friends yg nak balik Malaysia tu,
wish you guys a safe journey lah k..
thats all..

sekian...

-kerana tiada manusia sempurna-

Read More »»

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah

. Saturday, December 19, 2009
0 comments




Salam Maal Hijrah
kepada semua muslim..

setiap tahun, pabila berbicara pasal hijrah ni..
semua orang nak buat ini, buat itu, jadi ini, jadi itu..
tapi tak tahulah kan sama ada tertunai ataupun tidak..
tapi itu belakang cerita..
yang paling penting, NIAT untuk berhijrah dari buruk ke baik, or dari baik ke lebih baik tu tetap ada bukan..
wujudnya niat untuk berubah itu sudah cukup baik bagi kita insan di akhir zaman yang sungguh lemah imannya ini..
even kalau anda baca Hadith 40 tu pun, hadith yang pertama mengulas akan kepentingan Niat itu.. kalau ada masa, silakan baca..
but still, hope we'll try our best to accomplish all of the wishes...
nothing much to say, hope we can always be much better than what we are today..
do try to improve every weaknesses,try to stand with our own mind, and of course for all that matter by now is to have a mature lifestyle and way of thinking..
as every seconds in our life is to make us getting older and less younger!

so good luck everyone..

p/s: wanna wish 'get well soon my friend' to Fikri,operated for acute appendicitis.
p/ss:good luck for D unit Medicine Posting, they'll have an exam for medicine clinical posting tomorrow.(aku baru sahaja menjadi mangsa untuk jadi patient-yg-hensem-dan-sihat-walafiat- oleh Hazuan tadi..)

sekian...

-kerana tiada manusia sempurna-

Read More »»

Friday, December 18, 2009

whatiwannasay 2

. Friday, December 18, 2009
0 comments




salam...


amat penat.mata ini masih lagi nak tertutup(even dah tidur dgn lamanyaaa...) kerana kepenatan dalam menyediakan diri dan minda untuk menghadapi First Internal Assessment for II Phase MBBS, I Term ini.

namun, harus aku gagahkan diri.3 hari yang disediakan untuk preparation menghadapi practical examination harus digunakan dengan sebaiknya setelah theory papers kali ini nampaknya tidak akan mampu membantu aku untuk memperoleh markah yang baik dalam markah keseluruhan yg nak di hantar ke universiti nanti.


musibah untuk aku yang malas sekali nak study sepanjang II phase, I term ini.agak menyesal dan selepas ini aku tak nak dah nak bermain-main.masa untuk menjadi lebih serius sebelum musibah yang seterusnya menjelma.namun diri ini kali ini agak positive dalam penerimaan fakta bahawa aku akan FAIL dengan teruknya dalam exam kali ini.

apakan tidak, sepanjang 4 hari peperiksaan, aku adalah pelajar pertama yg keluar dari examination hall untuk forensic medicine, kedua untuk pharmacology, kedua untuk microbiology dan rasanya akan menjadi yg pertama untuk pathology. nasib baik sebelum pathology examination bermula, professor dah pun memberi instruction bahawa tidak ada seorang pun yang akan dibenarkan untuk keluar awal dari examination hall, kalau tidak i'll be the first to do that.


nampaknya, reaksi pelajar-pelajar yg lain terhadap aku yang selalu keluar awal ini bercanggah dgn apa yg aku alami. mereka fikir aku keluar awal kerana aku berjaya menjawab semua soalan dan telah yakin dengan seyakin-yakinnya dengan jawapan yg telah ku beri.

ITU SALAH wahai sahabat.

aku keluar awal bukan kerana aku berjaya menjawab dgn baik.

aku keluar awal bukan kerana aku terer.

aku keluar awal bukan kerana aku yakin.

tapi..


aku keluar awal kerana aku tak dapat nak menjawab semua soalan dgn baik.

aku keluar awal kerana aku tahu aku tak terer.

aku keluar awal kerana aku tak yakin dengan jawapan aku tetapi aku tak mampu untuk berbuat apa lagi.

so whats the point of waiting and wasting of time??

baik aku keluar awal, carik makanan untuk mengisi perut yg tengah kelaparan.lagi best dan menyedapkan hati.


and everyone knows that, sepanjang examination ini, every one of us will try our best, studying this and that, discussing about this and that, here and there..no doubts with that right??
and not to forget, almost most of us will feel so stress including me.there is no wrong of being stress, it is a normal thing BUT if we can't handle it well, it will affect ourself and of course the others too.

here it is my FRIENDS, try to deal with the stress as one of the inducers for yourself not as the inhibitor.


rasa sungguh menyampah kot kepada mereka-mereka yang terlalu over nak express rasa tertekan yg mereka hadapi sepanjang exam ini.aku faham akan keadaan korang sebab aku pun stress jugak.tapi adakah anda faham akan perasaan aku yang stress ini ditambahkan lagi dengan nak melayan stress anda?? jadiknya, aku mengalami double stress!

aku sebenarnya tak kisah lah jugak, tapi aku akan jadik kisah apabila aku rasa aku berada didalam dilemmmmmaaaaa of hearing something that really different from something that i saw with my eyes!
bila aku rasa bahawa sebenarnya propaganda yg diwujudkan itu adalah satu propaganda yg sungguh tak berasaskan akan paksi kebenaran, kemana lagi harus aku meletakkan titik kepercayaan ini?? jadinya, aku jadik triple stress!

dalam menempuh hidup dalam bermasyarakat ini, kita tak boleh nak pentingkan diri kita sendiri sahaja, kepentingan diri orang lain jugak haruslah di ambil kira. kalau anda tak nak ambik kisah pasal kepentingan diri orang lain, janganlah pulak nak mengharap akan orang nak mengambik kisah akan kepentingan diri anda.seperti biasa, kalau anda bagi racun kepadaku, tak kan lah aku nak bagi emas lah pulak kepada anda.rasa tak logik pulak kan?? so, kesimpulannya, hidup mementingkan diri sendiri ni tak baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda.


aku bukan nak menghancurkan atau pun nak memalukan sesiapa.kita hanya manusia biasa.learn from our mistakes, it will help us to gain the confidence.so good luck untuk korang dan good luck jugak untuk aku.


sekian.

-kerana tiada manusia sempurna-

Read More »»